Langkah mengatasi yang meragukan Banjir_Kilat_di_Kuala_Lumpur_2007

  • Kerajaan melalui Jabatan Pengairan dan Saliran mengeluarkan RM2 bilion bagi projek Stormwater Management and Road Tunnel. Air Sungai Kelang akan dialihkan dilencongkan
  • Tiga daripada 20 projek tebatan sungai telah siap. Tetapi tebatan di Sungai Gombak/Sungai Batu dan projek tebatan banjir Sungai Kerayong belum siap. 17 lagi belum siap. Sepatutnya projek tebatan banjir ini siap pada 2005. Kos Projek Tebatan Banjir Kuala Lumpur RM2.2 bilion. Soalnya bila akan siap ? . RM350 juta untuk program tebatan banjir di Lembangan Sungai Damansara.
  • Memasang kamera televisyen litar tertutup (CCTV) bagi memantau paras air sungai di pusat bandar semasa hujan lebat. Soalnya di mana papan tanda elektronik dan CCTV itu.
  • DBKL telah memasang 11 buah terminal amaran banjir di 11 buah bangunan di pusat bandar raya yang sering dilanda banjir. Tetapi gagal berfungsi kali ini.
  • Sistem Elektronik Amaran Banjir (SEAB) dan lima stesen memantau kadar aliran air sungai dan dua stesen merakam paras air sungai telah dibina.
  • Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan Raya ( Terowong SMART) belum siap sepenuhnya . Lebuh raya dan laluan air Terowong SMART bernilai RM 1.3 bilion hanya siap lebuh raya sepanjang 3 km dan akan dikenakan tol RM 2.00 mulai hari Jumaat , 15 Jun 2007. Laluan air belum siap dan hanya siap pada bulan Julai 2007. Timbalan Ketua Pengarah JPS Ahmad Fuad Embi menjelaskan terowong pengaliran air sepanjang 10km SMART memang bertujuan mencegah berlakunya limpahan air dari Sungai Klang apabila alirannya dialihkan. Terowong jalan sepanjang 3km SMART dibuka kepada lalu lintas pada 14 Mei 2007 .
  • Semua rumah setinggan di tepi Sungai Kerayong dan lain-lain kawasan mestilah dipindahkan ke perumahan PPR dengan segera. Sampah sarap banyak dibuang oleh penduduk setinggan kerana tidak ada sistem pembuangan sampah di sana.
  • Setiap jambatan baru hendaklah dibina melengkung ke atas supaya sampah tidak mudah tersangkut. Rekabentuk jambatan lurus dan banyak tiang seperti sekarang tidak sesuai lagi.
  • Sungai Gombak dan Sungai Kelang yang melalui Kuala Lumpur mestilah didalamkan dan dilebarkan tanpa berdolak dalih lagi. Seboleh mungkin bangunan di tepi sungai tersebut hendaklah diruntuhkan bagi tujuan tersebut. Pelan bangunan di tepi sungai adalah kesilapan total perancang bandar masa lalu.
  • Kaedah kejuruteraan dan pemuliharaan ekosistem perlu digabungkan. Meluruskan hulu-hulu sungai hanya akan mempercepatkan aliran air. Sepatutnya sungai tidak diluruskan tetapi dibiarkan secara tabii. Pokok-pokok akuatik dibiarkan tumbuh dan membesar di dalam sungainya dan boleh membantu melambatkan pergerakan air ke hilir. Strategi ini akan lebih berkesan jika digabungkan dengan tanah bencah (wetlands). Pendekatan pengenyahan pantas (rapid disposal) air sungai ini diragui oleh para teknokrat dan perancang bandar di Malaysia.